Tuesday, February 23, 2010

"..jatuh cinta lagi.."


”..Bagaimanakah anda menguruskan cinta, seperti itulah anda menguruskan diri anda sendiri,

Semua hati kamu merasakan kegembiraan dan keperitan yang kamu alami,

Walaupun jalan hidup kamu berbeza..”



”..anda dapat tahu ada seseorang telah jatuh cinta terhadap mu, dan kamu tidak mencintainya,

Hormatilah diri kamu, kerana cinta datang dan ingin menjemputmu, dan dengan lembut, menolaknya anggaplah cinta itu tidak akan datang untuk kamu lagi, kamu tidak boleh mengambil kesempatan dan jangan pula menyakitkan hatinya..”



”..sekiranya anda telah jatuh cinta kepada orang yang tidak mencintai kamu, jadi lah orang yang budiman terhadap diri sendiri, Tiada apa yang apa-apa yang berlaku terhadap kamu. Kerana cinta tidak memilih waktu untuk datang dan boleh berkembang di hati mana-mana makhluk..”



”..jika kamu jatuh cinta kepada yang lain, dan dia jatuh cinta kepada kamu juga, dan bila cinta itu memilih unutk pergi, jangan sesekali menuntut kembali atau memperkatakan keburukannya. Biarkan ia pergi. Pasti ada makna dan alasan mengapa ia pergi dan kita akan tahu suatu hari nanti..”



”..memberi cinta kepada seseorang tidak menjamin sepenuhnya bahawa dia akan mencintai kamu kembali, jangan berteka-teki kepada diri sendiri bilakah cinta kamu akan terbalas. Tungggu balasan darinya. Jika cinta itu tidak hadir di dalam dirinya, namun cinta itu berkembang di dalam hati mu..”



”..ingatlah kamu tidak memilih cinta, tapi cinta yang memilih kamu. Apa yang harus kamu lakukan ialah menerima cinta itu serta kemisteriannya apabila ia datang ke dalam hidup kamu. Rasailah bagaimanakan ia mengisi segenap jiwamu, berikan ia kepada yang sepatutnya..”



”..jika aku kesuntukan masa untuk hidup, dan aku diberi peluang untuk memilih satu hari diantara hari-hari yang pernah aku lalui semasa hidupku, dan hari itu akan sentiasa berulang-ulang, selamanya, ku akan memilih hari ketika aku bertemu denganmu..”